Want your
own Fotopage?












 
Mac,03-2006::Hijrah.Hikmah.Nikmat::@DAEJEON.KOREA

By: Jalan jalan KOREA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 25-Oct-2008 12:00 Email | Share | Bookmark
SELERA @@Mee goreng ala mamak@@

Hari ini ada Majlis Marhaban Helwa Cluster PI sempena Syawal 1429, malam ke-4.
Menunya kuih raya, agar-agar jagung dan sudah pasti mee goreng (maaf, tiada gambar).
Alhamdulillah menjadi, atas permintaan ramai (hehe ala2 chef wan pulak) resepinya kita kongsi. Kawan-kawan boleh ubahsuai apa yang patut sebab resepi pun campak2 punya juga.

Mee goreng m_(underscore)solehah
(Hidangan untuk 8 orang biasa, 4 orang 'hantu mee')

1 kg mee kuning
24 ulas bwg putih (1 1/2 labu) - kena byk, baru sodap!
15 ulas bwg merah
4 camb lada kering yg telah dikisar (+ suka pedas,- x nak pedas)
4 camb sos cili
4 camb sos tomato
300g udang
4 biji telur
Garam secukup rasa
Gula (manis baru sedap)
50 sen taugeh
6 pokok sawi

Cara nak masak:
1. Bawang putih dan merah ditumbuk kasar. Panaskan minyak dan tumis.
2. Setelah bawang agak kekuningan, masukkan lada kering yang telah dikisar dan air sikit (siram bekas bwg dlm lesung).
3. Tumis lg sehingga naik minyak. Masukkan sos cili & tomato (kalau suka boleh masukkan sos tiram & kicap juga)
4. Kemudian masukkan udang dan kacau
5. Pecahkan telur dan kacau
6. Masukkan mee & kacau lg sehingga rencah sebati dgn mee <> 5 minit (agak-agak mee dah masak)
7. Masukkan sawi, kemudian sebelum tutup api masukkan taugeh.
8. Hidang sedia untuk dimakan.

Selamat mencuba, cuba jaya ye!


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.