Want your
own Fotopage?












 
Mac,03-2006::Hijrah.Hikmah.Nikmat::@DAEJEON.KOREA

By: Jalan jalan KOREA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  >  >>]    [Archive]
Saturday, 4-Nov-2006 06:15 Email | Share | | Bookmark
Delima merah

 
 
 
Subhanallah...belum pernah jumpa delima semerah & banyak air ...percik2. Percikannya bila kering pekat macam air gula. Tak pasti datangnya dari mana ..korea atau negara lain. Ada brand..Namsahar ..<> bunyinya.

Cerita buah delima ada disemadikan dalam kisah nabi...tp sy x pasti sumbernya. Bapa saudara bagitau dalam jumlah seribu atau seratus ribu delima ada satu diantaranya yang mengandungi batu delima asli. Sebabnya katanya bila makan buah delima x leh kongsi. Satu biji buah delima utk seorg makan.Memmang rezeki dari Allah pabila buah delima yg diberikn kpd bapa saudara saya yg ketika itu terlantar di hospital, mengandungi batu delima tersebut. Jarang org memilih buah delima utk dimakan tetapi ibu saudara saya telah makan buah delima tersebut dan tergigit sesuatu yg keras.Lalu dia memaklumkn kpd bapa saudara saya dan menyimpan batu tersebut. Yang peliknya tetapi tiada yg mustahil bg Allah S.W.T pabila batu delima tersebut membesar hingga ke satu tahap ia boleh dibuat loket rantai. Seolah olah ia hidup.Subhanallah. Sehingga sekarang ibu dan bapa saudara saya menyimpannya. Cantik sekali. Mon 6-Nov-2006 02:15
Posted by:Ayu ayusoleh78@yahoo.com
Add comment


Saturday, 4-Nov-2006 04:32 Email | Share | | Bookmark
Eid Mubarak

senyum sokmo!
kamsahamnida..Ajeosi.
senyum skit!
View all 12 photos...
Selamat Hari Raya untuk semua, Maaf Zahir & Batin.

Malam raya
Ramadhan...hampir Syawal, suasana belum terasa. Jadi untuk memeriahkan..bak kata orang Qatar "siapa lagi nak meriahkan kalau tak diri kita sendiri". Pukul 11mlm raya masih di lab. menyiapkan homework, jadi projek MEE KARI berjalan selepas jam 12mlm.

Hari Raya
Solat raya...tiba KAIST orang dah mula rakaat pertama, cuba intai tak nampak muslimah. Jadi ambil keputusan balik ke ICU. Untuk memeriahkan lagi...sambil jalan kami ambik gambar. Sampai ICU ambil gambar lagi...lepas dendam nak hantar salam perantauan tak boleh sebab tak ada gambar berdua pakai baju kurung.

10.00am: Jamu selera dgn MEE KARI(gambar lupa ambik!!)
10.30am: Kelas DVP
11.45am: Majlis Eid Mubarak, ada sedikit persembahan nasyid & slide ttg Islam. Antara tetamu Prof Ro, staff ITTP & pelajar Korea.
04.00pm: Kelas AVC
06.00pm: Satu2nya tetamu ..bersama2 menjamah MEE KARI.
07.30pm: Majlis BBQ..di tengah2 kesejukan malam, di tepi glgg tenis..kami berBBQ. Menu: salad, daging resepi Arab, ayam tandoori.

Alhamdulillah kemeriahan terasa, semua gembira & tersenyum puas.





shidah, tak ramai ke student Malaysia kat situ? Sun 5-Nov-2006 08:44
Posted by:rozeela  - [Link]
orang malaysia ada 4 orang je, dua Melayu ..dua lagi Chinese. semua ex-UTM bangga..bangga. Kami di Daejeon, yang ramai di Seoul..adik2 undergraduate.

Nampak meriah kat sana raya, kami tak sempat nak ke Seoul (Kedutaan Malaysia) beraya.
Sun 5-Nov-2006 10:50
Posted by:Shidah m_solehah@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Saturday, 19-Aug-2006 07:58 Email | Share | | Bookmark
NAMHAE lagi

Karektor Cina..asal usul
Tepi temple
Alhamdulillah selamat turun
View all 9 photos...



mesti bestkan acik shida
tentunya penat tapi puas
Mon 4-Sep-2006 11:36
Posted by::: dR. azzam ::  - [Link]
di pagi raye yg sepi..duduk termenung seorang diri..terkenangkan desa permai nun jauh di perantauan bumi korea.. Sat 4-Nov-2006 10:00
Posted by:unnamed
Add comment


Saturday, 19-Aug-2006 07:09 Email | Share | | Bookmark
Kiwi & 'grape'

 
 
 
View all 5 photos...
Sementara ada masa baik upload, kalau tak nanti 4 tahun akan datang belum tentu ada masa. Minggu depan nak ke Busan pula

Kiwi ditanam di kawasan letak kereta di tepi pantai. Inilah rupa pokok kiwi.

'Grape' (anggur) nak kongsi sebab rupanya lain dari biasa kita tengok. Bentuknya betul bulat dan rasanya pulak kenyal sikit..kulitnya agak tebal. Bila makan teringat air ribena.

Kemudian yang dalam mangkuk ni 'bihun korea'. Liat jugak, yang menariknya air tu sejuk (ais).
Ada telur sebelah dengan cincangan timun & sengkuang. Mmmm..cuba 2-3 sudu tak mao dah.
Siap ada gunting besar tu utk potong bihunnya...lain rasa dari bihun kita.

Yang dalam pinggan kecik, itu menu lain sup daging dengan nasi. Hidangannya bersama KIMCHI dalam pinggan kecik2 tu.

Makanan lain2 tak boleh nak share buat masa ini, belum berani nak ambil sebab macam tak manis gitu..asyik dok ngadap Prof jadi segan pulak.



>> Keluarga besar IVY Lab...tengah tunggu hidangan tengahari, lepas memanjat


ayaaa...babat tu apa?? nampak je mcm behoon tapi lain...liat gitu, mcm mee sanggul ye jugak..diorg siap pakai gunting lagi tu! mmg kuahnya sejuk, kdg2 siap ada ais mcm abc.

anggur tu ..mula2 akak makan je dgn kulit2, tapi bila tgk org lain buang akak pun tak makan dah kulitnya. kulit dia tebal skit ...nanti2 td baru beli, nanti akak ambik gambar yg dikopek kulitnya.hehe..colgate mahal tuh nak import dr m'sia
Fri 1-Sep-2006 12:22
Posted by:m_solehah  - [Link]
Assalamualaikum...seronok tengok pemandangan yg awk masukkan.Cantik n menarik.Kalau tak keberatan buat awak ,saya nak minta dr awak cara-cara buat kimchi ala kira resepi la tu.Saya gharap awaka sudi ye BYE Wed 29-Nov-2006 07:59
Posted by:aida bmw_idaman@yahoo.com
salam aida. opss.. resepi kimchi, blm terfikir nak belajar. Kat sini ada kimchi ready-made. Nanti ye kalau saya tahu caranya, saya kongsi. Wed 29-Nov-2006 16:13
Posted by:m_solehah  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Friday, 18-Aug-2006 18:07 Email | Share | | Bookmark
NAMHAE: Hallyeosang National Park

..di kaki bukit, ke puncak nun!
Pemanjatnya..:)
Pemandangan indah dr puncak
View all 6 photos...
Ogos 18, 06

Panjat bukit..3km ikut trek. Dekat atas ada 'temple', pemandangan subhanallah..boleh tengok sendiri.
Sempat menikmati udara nyaman hutan, bunyi unggas dan yang paling penting berjaya naik hingga ke puncak.
I CAN DO IT!!!. Hasilnya sakit sakit satu badan..tapi memang berbaloi. Jom2 tengok gambar tak sabar nak kongsi dengan semua.












cantiknya batu2 kat bukit tu... macam org susun jer...
mmg berbaloi sakit2 badan kalu dpt tgk pemandangan cantik dan juga hirup udara bersih dan segar...
Sun 5-Nov-2006 08:39
Posted by:rozeela  - [Link]
Add comment


Friday, 18-Aug-2006 16:39 Email | Share | | Bookmark
Treasure Island - NAMHAE

 
 
 
View all 6 photos...
16-19 Ogos, 06

Sebutannya 'Na Mei'. Pulau yang cantik dikelilingi oleh pulau2 yang lain. Kawasan yang berbukit bukau, di lereng2nya terdapat tanaman padi dan sayur-sayuran dan rumah2, pantai yang cantik..bukit dgn batu2. orang panggil 'stone age' kot!!

Pergi sebab ada 'lab training' merangkap 'summer vacation' (cuti musim panas). Memang di nanti2 tak sabar2 nak bercuti...keluaq ICU sat!!! Pergi dengan 2 buah van yang disewa dengan muatan 11 orang sebuah. Sudah menjadi budaya di sini melancong di musim panas kebetulan cuti sekolah sebulan..gamaknya inilah cara nak sejukkan badan dgn berendam & ambil angin pantai.

Kepada kawan2 yg tengah belajar, boleh cadangkan pada supervisor masing2. Kalau belajar terus menerus tak boleh tumpu perhatian..kemudian boleh eratkan silaturahim. Paling best..semua FREE termasuk insuran.

Pd kawan2 yg lain..yg berhajat nak datang, honey moon ke..melencong & melancong. Shidah boleh jadi tourist guide. Mari mari..jalan2 NAMHAE.







subhannallah.. cantiknya laut dia.. tapi cam dalam jer.. ada ke org mandi manda kat pantai dia tu... Sun 5-Nov-2006 08:35
Posted by:rozeela  - [Link]
kawan2 kata sinilah tempat winter sonata berlakon...
mandi ada pantai khas, gambar ke-4...kat sini mungkin takde, gambar ambik dr atas jambatan ni
Tue 7-Nov-2006 13:41
Posted by:m_solehah  - [Link]
Add comment


Sunday, 16-Jul-2006 07:24 Email | Share | | Bookmark
Jun 24, 06 >> Gyeongbokgung Palace

Lapis kedua
Istana utama
Gerbang dr dalam
View all 12 photos...
Terima kasih banyak2 untuk Uncle & Linda..bawak org Daejeon jalan2

Macam familiar?? Renung betul-betul..
Betullah tu..bukan mimpi, mungkin pernah buat lawatan semasa mengenali budaya Korea melalui TV3, Channel 8 & RTM.

Rezeki, kebetulan ada pahlawan dekat depan istana sedang buat perarakan. Sedang berkawat tetiba dengar orang gelak...hehehe...ada yang misainya tercabut &^*%$, hehe depa pun tak boleh nak kawal.

Mmg istana macam ini banyak di sekitar Korea, mercu tanda dan pusat pelancongan mereka.





Care to comment?


Sunday, 2-Jul-2006 10:02 Email | Share | | Bookmark
The Cheong Gye Cheon

Tengah bikin..rasmi juga
Batu tanda
Sejarah terhasilnya
View all 6 photos...
Julai 24, '06
Masih di Seoul, kali ni kita tengok sungai buatan orang Korea. Namanya mcm kat atas tu. Sungai ni merentangi di tengah2 Seoul dari barat ke timur. Tak caya?? baca kat batu tanda tu ok





Care to comment?


Sunday, 2-Jul-2006 08:29 Email | Share | | Bookmark
Masjid Seoul

..ziarah
Langit senja
'Islamic School'
View all 6 photos...
Julai 24, 2006

Dah lama berhajat nak ke Masjid Seoul. Biasa keluar masuk UTM nampak masjid.
Susah nak jumpa masjid kat bumi Korea ni. Jadi peluang keemasan perlu direbut ziarah rumah Allah -->> Masjid Seoul di Itaewon. Terletak di atas bukit, di kiri kanan ada kedai, ada kedai barangan halal dan restoran makanan halal. Sempat jamak Zohor & Asar, hajat kesampaian .. Ya Allah hambamu datang, beri kami kekuatan di bumi asing ini, amiiin.


lepas upload gambar terus double click untuk besarkan. right click kat gambar and then copy properties dia. lepas tu dalam posting, click [img]link properties tadi[/img] lepas tu save Sun 2-Jul-2006 09:49
Posted by:KNizam  - [Link]
terima kasih daun keladi...lain kali mintak ajar lg
berjaya akhirnya
Sun 2-Jul-2006 12:30
Posted by:Shinbi m_solehah@yahoo.com  - [Link]
nak ikutttt... Mon 3-Jul-2006 12:38
Posted by:atur
Add comment


Sunday, 2-Jul-2006 03:55 Email | Share | | Bookmark
Bihun goreng FrAnCE vs Sotong sambal BRaZil

Bihunnya
SS maknanya..tiada maknanya??
Hidangan utk. 2 org.
View all 5 photos...
Perancangan lebih sebulan jadi kenyataan, syukur.
Bahan semua import dr M'sia..tukang masak pun orang M'sia, resepi M'sia
Menjadi & sesedap rasa.
Kalau ada hari terbuka..rumah terbuka..dah ada 2 resipi, yg enak dan berpatutan kosnya.

Bihun goreng <resipi baru: ikan bilis + udang kering)
Sotong sambal <sotong kering yang direndam dgn kapur + air, <> 12 jam)

p/s: pasukan Brazil & England...aneyo kaseyo!!





KNizam > huhuhu...beli kat korea tapi made in china...m'sia mungkin ada
hidayah > betuul, kalau dekat dah dpt bihun sepinggan
Sun 2-Jul-2006 12:28
Posted by:Shinbi m_solehah@yahoo.com  - [Link]
welcome to dunia fp..rajin2 update acik syidah
nanti kami sekeluarga jengok-jenguk selalu
Sun 2-Jul-2006 13:36
Posted by::: dr. azzam ::
Hmmm...kak shidah sedapnye sambal sotong ni....pecah air liur saya tgk sambal n bihun ni...sedapnya makan bihun n sambal sotong...bila la nak boleh dapat makan sambal sotong...hehehe..sedih!!! Sat 8-Jul-2006 13:03
Posted by:Shafizal shafizal_13@yahoo.com
View all 5 comments Add comment


[<<  <  1  2  [3]  4  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.